Pengantin INI Mengamuk ‘Pelamin Anganku Musnah’Di Sebabkan…

Loading...

 

 

Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.

Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.

Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk poligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami). Tapi lain pula  yang terjadi terhadap pasangan  ini

PETALING JAYA: Setiap pengantin mempunyai angan-angan tersendiri dalam melangsungkan majlis perkahwinan yang akan menjadi detik paling bahagia untuk dikenang sepanjang hayat.

Namun, impian sepasang pengantin untuk ‘merasmikan’ pelamin idaman mereka lebur apabila muncul pasangan ‘pengantin’ lain yang terlebih dahulu bersanding di atas pelamin berona hijau dan ungu itu.

Akibatnya, pasangan ‘pengantin’ itu yang juga merupakan personaliti media sosial menerima kecaman netizen kerana dituduh tidak menghormati hak orang lain dengan memuat naik gambar ‘perkahwinan’ mereka di Instagram.

Personaliti itu yang hanya ingin dikenali sebagai Itsrosenicotine, 20, tampil menjelaskan situasi sebenar bagi membersihkan namanya dan suami olok-oloknya dalam gambar tersebut, Muhammad Daniel Zamri, 24.

“Saya dan Daniel hanya menjalankan tugas seperti yang diminta oleh pihak penaja atas tujuan mempromosikan perniagaan kateringnya.

“Majlis kahwin kami itu hanya gimik dan idea untuk membuat video dan sesi penggambaran juga diilhamkan oleh pemilik katering itu sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Posting yang dimuat naik oleh seorang wanita yang mendakwa pelamin perkahwinannya digunakan oleh Itsrosenicotine tanpa kebenaran.

Jelasnya, matlamat dia dan rakannya itu adalah untuk menghasilkan video yang tular, namun tidak menyangka ia menimbulkan rasa tidak puas hati di pihak pengantin sebenar untuk majlis perkahwinan itu.

Setelah posting seorang pengantin perempuan mengenai kejadian itu tular di Facebook, Itsrosenicotine dan Muhammad Daniel telah menurunkan gambar mereka berdua dengan latar belakang pelamin tersebut.

“Kami bukan setakat bergambar di pelamin itu sahaja, malahan ada juga menjalani sesi penggambaran untuk mempromosikan khemah, makanan berlauk dan meja makan beradab untuk tujuan promosi.

“Kami dua hari ‘shoot’ dekat situ, jadi macam ‘nonsense’ la kalau kata kami tiada ‘permission’. Kalau tiada ‘permission’, macam mana saya boleh datang dari Kuala Lumpur untuk ke situ semata-mata nak guna pelamin dia,” kata gadis itu.

Majlis tersebut diadakan di Jasin, Melaka pada bulan lalu.

Sumber; mstar

 

 

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *