Ira Kazar Bengang Netizen Tanya Warna Puti*g? Tapi Respon Ira Memang Win Habis!

Loading...

 

 

SEBELUM ini satu Malaya heboh dengan video viral gelekan ‘maut’ Ira Kaza yang merupakan anak kepada pelakon popular, Kazaruddin Saisi.
Video gelekan ghairahnya itu pantas meraih perhatian netizen yang kemudiannya memberikan pelbagai kritikan terhadap video yang dimuat naik sendiri oleh gadis berusia 21 tahun itu di laman mikro Twitter miliknya.

Mengambil positif setiap kecaman yang diterima, gadis bernama lengkap Faghirah Fatini Kazaruddin ini enggan menoleh ke belakang dengan memikirkan apa tanggapan orang luar terhadap dirinya.

SEBELUM INI, ANAK KEPADA PELAKON KAZAR SAIRI IAITU IRA KAZA PERNAH MENGGEMPARKAN DUNIA HIBURAN DENGAN AKSI TARIAN LAGU, ONE DANCE SEHINGGA MENJADI TULAR MENERUSI LAMAN SOSIAL.
Terbaharu, gadis ini sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dilihat melahirkan rasa bengang menerusi salah satu kicauan melalui laman sosial Twitter miliknya. Eh bengang kenapa tu?

Menerusi posting berkenaan, Ira dilihat bengang apabila terdapat seorang individu yang agak biadab dengan berani menyoal mengenai warna puting ‘aset’ milik dirinya.

“Secara jujurnya nipples u pink ke coklat,” soal individu yang dikenali sebagai Anon itu.

Oleh kerana terlalu berang dengan individu tersebut yang seolah seperti kurang ajar, Ira atau nama sebenanya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat tidak hanya berdiam diri.

Sebaliknya bertindak membalas persoalan ‘bangang’ itu menerusi satu kemas kini menerusi Twitter pada Rabu.

“Secara jujurnya kaler rainbow,” balas Ira menerusi posting berkenaan.

Persoalan ‘bodoh’ individu berkenaan secara tidak langsung telah mengundang kecaman dalam kalangan netizen.

Rata-rata ada turut mengkritik persoalan yang diberi oleh individu terbabit kerana beranggapan ia agak biadap.

“Apa bodoh soalan dia tanya haha,” ujar @mirool_18

“Bodohnya lahai soalan dia ra,” kata @fatinnoraishah pula.

“Magnolia ke? hahahaha bodo punya soalan,” kata seorang lagi netizen yang menggunakan tweethandle @MeorHarussani.

Fuhhh… Memang kurang ajar betul soalan individu itu. Diharapkan Ira dapat bersabar je lah dengan perangai netizen ni ye! – MYNEWSHUB.CC/AM

Gara­-gara ‘gelekkan maut’ anak daranya yang dikenali sebagai Ira Kazar yang telah mencuri tumpuan sekaligus menjadi viral sejak semalam, pelakon dan penyanyi, #Kazar Saisi, turut menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkan tindakan anaknya itu kurang manis untuk tatapan umum.

Justeru, menerusi akaun sosial Instagram (IG) Kazar atau nama sebenarnya #Kazaruddin Saisi, telah meminta maaf bagi pihak anaknya itu dan menyatakan bahawa anak gadisnya itu bukanlah seorang anak yang jahat sebaliknya Ira hanya melalui zaman remajanya. Sebagai bapa, dia tetap menyayangi #Ira dan tidak menyalahkan gadis itu atas kelakuannya.

Sementara itu, bapanya, Kazaruddin atau lebih dikenali dengan nama komersil Kaza Saisi pula mengakui kesalahan anaknya memuat naik video gelekan tersebut sehingga ia menjadi perbualan hangat di kalangan netizen baru-baru ini.

Menurut Kaza, dia berharap isu tersebut menjadi pengajaran buat anaknya agar lebih berhati-hati dalam perkongsian di laman-laman sosial selepas ini.

“Benda (video gelek) tu dalam keluarga kami biasa je, cuma kesilapan Ira itu dia videokan dan upload itu kesilapan besar dia.

“Memang dah pesan banyak kali suruh jaga (nama keluarga), tapi remaja kan, kalau kita pesan pun, nafsu remaja kita tak boleh control tapi dah terlepas nak buat macam mana kan. Harap ia menjadi iktibarlah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai video aksi gelek anaknya.

Makin Dikenali, Ira Kaza Ambil Positif Setiap Kritikan
KAZARUDDIN SAISI, 57.
Mengakui menggunakan pendekatan psikologi dalam membesarkan anak-anaknya, Kaza menganggap kaedah itu adalah yang terbaik dalam mendidik anak-anak yang kian meningkat dewasa.

“Saya mendidik anak guna psikologi, tidaklah terlampau biar (bebas) dan tidaklah pula terlalu strict (tegas),” ujar pelakon kelahiran Kampar, Perak ini.

Ira merupakan anak keempat daripada lima beradik hasil perkongsian hidup Kaza dan isteri, Rashidah Latiff. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO IRA KAZA GELEK MAUT: 

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *